Sunday, March 1, 2009

Internship = Dugaan X Bebanan X Tekanan

Salam,

Saya pasti ramai yang merindui nukilan minda saya yang terkini. Maklumlah tengah sibuk berinternship (praktikal), tiada kesempatan untuk menulis blog ini. Namun kali ini saya gagahkan jua hati untuk menulis blog ini.

Saya ingin berkongsi dengan pembaca tersayang tentang Internship, yang sedang dilalui oleh hampir semua pelajar kaunseling tahun akhir UNIMAS kini. Internship merupakan satu bentuk latihan praktikal yang dijalankan oleh bakal kaunselor untuk menyediakan diri menjadi seorang kaunselor yang beretika, kompeten, dan berpengalaman luas sebelum menjejakkan kaki ke alam profesyen kaunseling yang sebenar.

Namun, dalam menjalani latihan internship ini, banyak dugaan yang dialami. Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf kepada para pembaca sekiranya nukilan kali ini menyinggung perasaan beberapa pihak. Hari ini genaplah 2 bulan saya menjalani internship di sini. Sepatutnya pada waktu ini saya sudah mengumpul sekurang-kurangnya separuh daripada jam kredit yang diperuntukkan. Tetapi, hakikatnya kredit terkumpul sangat sedikit. Keadaan ini membuatkan saya memandang "Internship" ini sebagai satu aura yang negatif dalam hidup saya kini. Walau pun sering kali saya cuba mendidik kognitif saya untuk menilai Internship sebagai unsur positif yang berlaku ke atas saya, namun aura negatifnya sangat dominan.

Dugaan yang dialami sepanjang internship adalah ketika berhadapan dengan klien yang pelbagai karenah. Ada yang menghadapi masalah yang benar-benar serius dan ada juga yang dipaksa untuk menjadi klien atas sebab-sebab disiplin. Keadaan ini benar-benar menduga kreadibiliti saya sebagai kaunselor untuk menangani klien seumpama ini. Adakalanya ingin juga rasanya untuk ditinggalkan klien begitu sahaja kerana setiap hari telinga ini sarat mendengar masalah sahaja. Namun, masalah sendiri pun belum selesai lagi.

Perkara ini seterusnya menjadi bebanan apabila saya terpaksa memenuhi 600 jam kredit keseluruhan. 80 jam kredit untuk sesi kaunseling individu, bermakna saya perlu mendengar 80 masalah. 40 jam kredit untuk sesi kelompok, bermakna otak saya dibebani dengan 40 masalah yang didarab dengan 5 orang klien (200 masalah). 180 jam kredit untuk bimbingan, bermakna 180 kali saya menjadi "professor serba tahu". 300 jam kredit untuk pentadbiran, bermakna 300 jam saya menjadi kerani di pejabat ini.

Tekanan pula menyusul tiba apabila kebanyakan rangka kerja untuk aktiviti bimbingan ditolak dan tidak dibenarkan untuk dijalankan. Penolakkan ini berlaku daripada kedua-dua arah, UNIMAS-IKM. Adakalanya, UNIMAS bagi "green light", IKM bagi "red light", dan begitulah sebaliknya. Selain itu, banyak juga wang yang dihabiskan untuk persiapan internship. Apa yang lebih menyedihkan adalah apabila wang yang dikorbankan, terkorban dengan sia-sia lantaran cadangan program ditolak. Tekanan dengan pertindihan kerja juga dialami, iaitu pertindihan masa menjalankan sesi dengan masa melakukan pentadbiran yang dipaksa (cth: mesyuarat)

Sebagai kesimpulannya di sini saya ingin menyatakan tentang Internship yang saya alami kini. Kadang-kala saya merasakan diri sangat hipokrit dan hampir munafik kerana berlagak seakan bersedia untuk membimbing, sedangkan sebanarnya kini saya perlu menjadi klien yang mengalami tekanan emosi yang kritikal.

Justeru, kini saya mengambil pendekatan redha dengan apa yang dialami. Mungkin ini semua pengajaran kepada saya untuk menempuh hari mendatang. Saya harap pengalaman ini dapat mendewasakan saya. Walaupun pahit, namun ia tetap berharga. Terima kasih kepada semua yang menyokong saya selama ini. Semoga Tuhan membalas jasa baik kalian.

Sekian.

6 comments:

Jenice said...

hi sham... very terkejut bila saya membaca blog ini. Memang tak sangka Sham akan begitu stress and tidak happy dengan internship ini.

Me too, sometimes when i tired with this internship, i will feel "dislike" counselling, rasa ia sangat menyampah!! Sometimes, i juga rasa tidak mau peduli apa-apa dan biar sahaja.

But, i will think about.... why i choose counselling?? because i love counselling... whay i dislike internship... because that 600 credit hours bring the burden for us.. when we tak sempat kejer kredit.. sure akan feel tertekan dan kurang bersabar kan... actually, internship should be a very good experience and we should enjoy it. But that 600 credits menyebabkan kita tidak suka dengan apa yang kita lakukan sekarang.

I love counselling... you too. We both are PRS since at sekolah menengah and UNIMAS. we love listen to others... and we very wish to helo them.. thats y we love counselling right? but why could you count the credits as "menderngar 80 masalah" etc.... this is very negative thought and we are not allow to think so...

pls remember... counselling is a service that we provide to others, help them through sincere from our heart... Pn. Salmah leave comments on facebook, mengingatkan saya melakukan segalanya dengan hati yang ikhlas, at the end.. we can feel the satisfaction.

Everyone of us have the Tekanan, but i m sure that ur tekanan sudah sangat beratkan...

semakin berat tekanan, kita perlu semakin kuat semangat.. untuk mengatasinya. Pasti awak sudah rasa sangat letih kan?? take some time and calm urself down... spend few hours... meet ur lovely friends.. or do anything you like. that is what i did.. no matter how busy... we need to "rest" our mind too kan...

first time dengar jenice cakap panjang lebar kan?? hope this can give u some suppport and motivation to enjoy our internship.

We already melalui 2 bulan... tahan lagi 2 bulan... everything will be all right... macam mama kata.. "be confidence & believe our self"

Bacalah blog saya juga, i always ask myself.. "dont't blame"... blame banyak.. rasa menyampah then tak akan ada hati nak teruskan internship lagi... i choose counselling.. i choose UNIMAS... i choose this organization for internship... so we must have the responsible to face this all challenges... cannot avoid it.. sure we will learn alot through this "suffer" experience...

take good care and miss u ya... ^_^

Hishammudin DaMy said...

Thanx janice for your comment and motivation. Actually i feel so relief after posting this blog. I'm just a normal human being to. That's why sometimes i feel like being a client in the session. But, i have no optnty at all to express my feeling even with my family and friends. Thanx janice for your sincere support. Really miss the moment studying with you. Today i'll be in dewan suarah promoting IKM. Fish also promoting Politeknik and their booth is juz next to our booth. hehehe. Thanx again for your support.

Jenice said...

yeah... writing is a very good way to express our feeling...
thats y we need to do "journal writing" everday... ^_^

My Life My Journey.. said...

Hisham, setiap yang indah kebiasaannya akan disulami dengan pelbagai perasa yang tidak diingini supaya kita lebih menghargai keindahan tersebut, ingat ketika melangkah yakinlah bahawa ia merupakan suatu langkahan yang pasti sampai ke garis penentuan! - salam sayang penuh kasih, Pn Fa, London...

Zuraidah said...

Hisham dan Janice
Tekanan akan bertambah jika anda mengira jam kredit begitu rupa.Nombor yg anda kira memang tidak akan masuk akal dicapai. Itukah maksud internship? Jika anda melihat 600 kredit hours itu sebagai nombor, anda akan sentiasa gusar. Jadi gunakan Cognitive restructuring approach. Restructure minda anda dan keperluan internship tidak akan menjadi beban. Ingat ini saja - seniors anda telah melaluinya dengan berjaya, mengapa tidak anda? Anda mempunyai keupayaan, latihan dan kebolehan yg sama, jadi anda boleh lakukan dgn terbaik. Never give up hope. Hope is good, it pushes you to work.
Hei, nothing is impossible. Good luck
mama

atiqah said...

erm..hisham..btol ckp mama..600 is just a number..maybe apa yg hisham alami tidak sepertimana yg akak alami sepanjang internship..tetapi percayalah..setiap yg berlaku itu ada hikmah disebaliknya..btol kata jenice..jurnal adalah 1 medium terbaik utk kita meluahkan perasaan..wish u all the best..chaiyok2..