Tuesday, November 25, 2008

Pertemuan + Perpisahan = Kenangan

Salam bimbingan...

Sebelum memulakan blog ini saya ingin memohon maaf kepada sesiapa sahaja yang sering mengikuti perkembangan blog saya. Ramai yang bertanya tentang bila saya akan 'update' blog ini. Kebelakangan ini saya sangat sibuk dengan peperiksaan akhir semester dan persediaan ke kem internship kaunseling. Baru hari inilah saya berkesempatan 'surfing' semula dan 'update' blog ini.

Kali ini saya ingin mengajak para pembaca untuk berkongsi kisah dan pengalaman saya sepanjang 3 setengah tahun menuntut dan berkuliah dalam jurusan kaunseling di unimas. Sepanjang tempoh pengajian saya di sini, banyak perkara telah berlaku.

Teringat lagi semester pertama saya di sini. Banyak kenangan yang tidak dapat dilupakan. Hubungan saya dan rakan sekelas waktu itu tidaklah begitu rapat. Ramai yang tidak selesa dengan sikap saya yang sering bergurau dan jarang serius. Rakan-rakan perempuan dalam kelas saya, terutamanya, tidak menyenangi sikap saya pada waktu itu. Ramai yang beranggapan saya lelaki miang. Emosi saya sangat tertekan pada waktu itu. Namun bila memikirkan tujuan saya ke sini adalah untuk membalas jasa keluarga, saya terus gagahkan diri.

Bila masuk semester kedua, saya menghadapi tekanan hidup yang sungguh menyakitkan. Ayah kesayangan tenat terlantar kesakitan. Namun, apa yang mengharukan adalah sokongan rakan yang langsung tidak jemu memberi semangat kepada saya untuk terus berada di sini. Tragedi menimpa apabila tanggal 13 April 2005, ayah saya kembali ke Rahmatullah. Kesedihan ketika itu sangat menyakitkan. tambahan lagi tarikh itu hanya 2 hari sebelum bermulanya peperiksaan akhir semester 2 saya. namun saya beruntung kerana rakan-rakan sekuliah datang ke rumah menziarahi saya sekeluarga. Mereka tidak putus-putus memberi semangat kepada saya dan keluarga. Para pensyarah turut datang termasuklah Mama, En Rizal, Puan Jamayah serta suaminya, dan Miss Ema. dari saat itulah saya mula merasai keakraban warga keunseling unimas ibarat sebuah keluarga. Mungkin inilah hikmah disebalik tragedi yang menimpa diri saya.

Masa berlalu tanpa disedari. Hubungan kami sekelas ada pasang dan surutnya seperti aliran Sungai Sarawak. Pada tahun 3, saya menyiapkan projek PTA saya. Tesis yang perlu saya siapkan adalah berkaitan dengan kanak-kanak, memandangkan saya di bawah seliaan Miss Ema. Cabaran dalam menyiapkan PTA sangat mengajar saya untuk menghargai ilmu. Selain itu, rakan-rakan sekelas turut berkongsi idea dalam menyiapkan projek tesis masing-masing. Terharu rasanya bila hasilkajian kami dijilidkan. Seakan saya udah mengarang sebuah buku rujukan sendiri. Dalam tahun ini juga kami sekelas telah bersatu. Kami bersatu kerana kami menghadapi satu masalah yang sama. Rasanya tidak perlu saya kongsikan masalah yang kami alami dalam blog ini. Namun, tindakan yang telah kami ambil menyebabkan seseorang hampir hilang pekerjaan. Syukurlah masalah ini dapat diatasi berkat kesatuan banyak pihak dalam fakulti. Kejadian itu telah menjdikan kami sebagai kelas yang dilabelkan sebagai 'BAHAYA" oleh beberapa pensyarah baru fakulti.

Tiba tahun keempat, kami semua bersiapsedia untuk menghadapi internship. Insternship memberi peluang kepada kami untuk mengaplikasikan setiap kemahiran dan ilmu yang telah dipelajari. Khabaran daripada pensyarah dan senior menyatakan bahawa internship ibarat medan perang guerilla yang dasyat bagi kami. Di sini kami akan diuji dengan pelbagai masalah. Sama ada oleh majikan, penyelia, rakan sekerja, dan peserta/klien. Tambahan pula,praktikal kami tidak disediakan elaun.

Segala yang telah saya alami bersama rakan warga kaunseling telah menjadikan saya seorang yang matang dalam menilai kehidupan. Perjalanan hidup dan hubungan kami sebagai satu pasukan boleh dikaitkan dengan peringkat perkembangan dalam dinamika kelompok. Dalam teori dinamika kelompok, terdapat peringkat dependent, interdependent, counterinterdependent, dan independent. Itulah peringkat yang telah kami lalui sehingga semalam, (25 November 2008) adalah hari terakhir kami berkumpul sebagai satu kumpulan.

Pesanan saya kepada semua warga kaunseling khususnya dan para pembaca amnya; kenangilah sebuah pertemuan dan hargailah perpisahan. Kerana dari pertemuan lahir kemesraan dan dari perpisahan lahir kerinduan. Jadikan semua kenangan sebagai senjata untuk menempuh hari mendatang. Saya doakan semua rakan kaunseling agar berjaya menghadapi internship dan cemerlang dalam hidup.

Terima kasih kepada semua pensyarah dan tutor:
Prof Zuraidah @Mama, Puan Salmah, Cik Ema, En Rizal, Pn Jem, Pn Fatahyah, En Edris, Pn Mazlina, Cik Aina, Cik Nora, Cik Samsiah Jayos, Pn Hasniah, En Azahari, Cik Aza, En Piau, En Abg Izhar, En Azhar, Dr Sopian, Dr Rusli, Tuan Haji Suaidi, Cik Sazliza, En Jeneri Amir, Mr John Jusem, dan semua pensyarah yang menjadi inspirasi kami selam ini.



Thursday, November 13, 2008

Harga Sebuah Kemajuan = $$$$

Salam...

Terima kasih kerana sudi membaca luahan pendapat saya untuk kali ini. Di sini saya ingin berkongsi kepada pembaca sekalian tentang pengalaman saya ketika bercuti di Kuala Lumpur pada tahun lepas. Pada Disember 2007, saya bersama keluarga telah pergi bercuti di Kuala Lumpur. Atas dasar ingin berjimat, kami telah mengambil 3 penerbangan berbeza dari Kuching ke Kuala Lumpur menaiki Air Asia. Setibanya di Kuala Lumpur kami telah disambut oleh 'bakal isteri' saya, Farah Dianti di LCCT. Dari sana, kami telah menyewa teksi untuk ke hotel. Dengan bayaran RM60.00, kami pun tiba di hotel yang ditujui.

Memandangkan tempoh percutian kami agak lama, iaitu seminggu, kami telah menginap di salah sebuah hotel bertaraf sederhana rendah di tengah-tengah ibukota. Keadaan biliknya selesa dengan kemudahan yang mencukupi walaupun kurang mewah. Sebelum melelapkan mata di bilik masing-masing, kami telah berbincang tentang tentatif perjalanan kami untuk keesokan harinya.

Ada di antara kami yang baru pertama kali menjejakkan kaki ke bumi Kuala Lumpur. Oleh kerana saya telah banyak kali datang ke sana, saya diminta oleh ahli keluarga menjadi pemandu pelancong yang tidak bertauliah. Hari pertama kunjungan kami dipenuhi rasa kagum ahli keluarga saya yang pertama kali ke sana. Melihat ketinggian KLCC, kecanggihan Petrosains dan PetroSpeed, keunikan Sunway Pyramid, dan keluasan Berjaya Time Square sangat mempesonakan sepupu-sepupu saya yang berusia 7 ke 9 tahun. Seterusnya kami telah ke puncak Genting Highland. Banyak aktiviti permainan yang ingin disertai oleh kanak-kanak tersebut, namun kerana kekangan bajet, mereka hanya melihat sahaja.

Di sebalik kemajuan yang dikecapi Malaysia, khususnya di Kuala Lumpur, tersirat satu fenomena yang mungkin tidak disedari oleh warga KL sendiri. Fenomena yang jarang terdapat di negeri-negeri lain. Iaitu sikap keangkuhan dan kesombongan penduduknya. Fenomena ini jelas dilihat di setiap inci dan pelusuk KL. Lihat sahaja di jalanraya, sikap pemandu dan pengguna jalanraya yang lain sangat buruk. Memandu dengan laju dan langsung tidak menghormati para pejalan kaki yang hendak melintas jalan. Bunyi hon dan siren ibarat detikan saat. Keadaan ini sangat berbeza dengan suasana hidup yang tenang di Kuching.

Sebagai seorang warga Sarawak, kami mempunyai satu tabiat, iaitu senyum kepada mereka yang ada di depan kami. Tidak kiralah sama ada dikenali atau tidak. Namun, di KL senyuman yang saya sedekahkan membawa makna lain pada persepsi mereka. Lebih buruk lagi apabila saya senyum kepada 'cashier' di pasaraya Tesco, dengan tidak semena-mena saya telah dijeling sinis. Setelah dijelaskan oleh rakan saya yang pernah menuntut di universiti di KL, tabiat senyum kepada mereka yang tidak dikenali akan membawa persepsi buruk. Mereka yang dihulurkan senyuman akan menyangka bahawa kita berniat jahat terhadap mereka.

MasyaAllah... Budaya ini langsung berbeza dengan budaya di Kuching. Di sini, kami semua, warga Sarawak ibarat bersaudara. Bukan saya ingin menunjuk-nunjuk kebaikan kami, namun perkara ini telah diperakui oleh rakan-rakan lain yang datang dari Semenanjung. Mereka menyatakan bahawa kami sangat peramah dan mudah mesra. Budaya mesra dan peramah inilah yang sepatutnya dimiliki oleh setiap warga KL. Sikap sombong dan individualistik yang mula ditanam dalam diri mereka sepatutnya ditangani segera.

Memang benar kita banyak mengambil kemodenan dan kemajuan teknologi Barat. Namun, pastinya kita tidak perlu mengambil budaya dan sikap mereka. Jika negara maju tetapi budaya kita lemah, ia samalah seperti atlet pecut yang mengambil dadah terlarang. Lariannya pantas, akalnya melayang. Tujuan kita mengejar kemajuan sebenarnya adalah untuk menjadikan bangsa Malaysia sebagai bangsa yang kuat. Jika budaya bangsa kita hilang, bagaimana kita hendak menjadi sebuah entiti yang disegani.

Perlukah kita bersikap buruk untuk menikmati kemajuan? Perlukah kita tinggalkan kesantunan budaya bangsa yang diperjuangkan sejak dulu oleh nenek moyang kita? Inikah harga sebuah kemajuan yang kita perlu bayar? Jawapannya ada pada diri kita sendiri. Saya hanya berkongsi persepsi ini atas dasar cinta pada bangsa saya, Bangsa Malaysia. Terima kasih kerana anda sudi membaca. Renungkan dan sebarkan pada yang lain. Salam...

Wednesday, November 12, 2008

Kaunseling...?


Salam...

Pernah dengar tentang kaunseling? i'm sure a lot of us heard bout it. Kaunseling merupakan satu proses rundingan yang boleh membantu klien untuk menangani isu mereka. hahaha. I am one of the counselling students in unimas. Belajar kaunseling kat sini best sangat. Saya kenal ramai orang daripada pelbagai latar budaya, agama, negeri, dan sebagainya. Dalam kelas kami ada 51 orang. InsyaAllah kami akan jadi bakal kaunselor satu hari nanti.

Di unimas, batch kami is the second last batch yang ambil jurusan kaunseling. Dengar cerita lepas ni dah tak ditawarkan lagi program kaunseling. Lagi pun banyak pensyarah kami yang tengah sambung study ke peringkat doctorate sekarang ni. Kat sini kami belajar beberapa kursus berkenaan kaunseling yang tidak ditawarkan oleh jabatan kaunseling di universiti lain. Antaranya seperti internship, sistem maklumat kaunseling kerjaya, sains kognitif, psikologi kognitif, dan beberapa kursus lain lagi. Kelebihan ini membanggakan saya selaku warga kaunseling unimas.

Kenapa minat kaunseling?

Memang dari sekolah menengah lagi saya meminati bidang kaunseling. Tambahan lagi saya bekas presiden Pembimbing Rakan Sebaya di SMK Tun Abang Haji Openg. Aktiviti bimbingan yang kami jalankan ketika di sekolah sangat menarik dan menjadikan saya lebih menghargai kehidupan. Namun, ramai rakan berpendapat aktiviti kami hanya syok sendiri dan langsung tidak membimbing rakan untuk menjadi lebih baik. Justeru saya menyedari rupanya banyak lagi ilmu yang saya perlu pertingkatkan untuk mengatasi kelemahan ini.

Disebabkan itu, saya telah meletakkan program kaunseling di unimas sebagai pilihan pertama saya ketika mengisi borang upu. Alhamdulillah permintaan saya dimakbulkan Allah. Setelah mempelajari banyak ilmu dalam kaunseling, saya merasakan saya telah belajar sesuatu yang miracle. Sesuatu yang sangat tidak ternilai. Satu nilai yang tidak pernah saya hargai selama ini. Iaitu ilmu tentang kehidupan manusia.

Rupanya banyak kelemahan dan kekuatan diri saya yang saya tidak pernah sedar selama ini. Rupanya ramai masyarakat di luar sana masih tidak memahami diri masing-masing. Saya sedih apabila aspek emosi, kognitif, dan psikologi manusia selama ini dipandang ringan oleh masyarakat. Sedangkan perkara-perkara ini merupakan elemen yang sangat penting dalam kehidupan manusia. saya mula menghargai kehendak, tanggapan, dan perasaan orang lain. Ketika ini, jauh di sudut hati saya berkata; "kejamnyanya aku selama ini kerana tidak pernah menghargai perasaan orang lain".

Peranan kaunselor...

Di sini saya ingin membuka minda pembaca blog ini untuk memahami apakah kaunseling sebenarnya. Semua manusia di dunia ini berhak untuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling. Tak kira orang yang akan dihukum gantung, pesakit yang bakal menemui ajal, orang pekak, bisu, buta, lumpuh, normal, dan sebagainya sangat memerlukan perkhidmatan kaunseling. Waima Yang Dipertuan Agong sehingga janitor sekali pun berhak untuk menerima perkhidmatan kaunseling.

Proses kaunseling bertujuan untuk memupuk kesedaran kendiri di kalangan klien. Situasi yang dialami sepanjang sesi kaunseling dijalankan merupakan sebahagian daripada proses pembelajaran dalam hidup. Ramai bertanggapan kaunseling hanya untuk orang bermasalah sahaja. Hakikatnya, semua manusia pernah, sedang dan akan menghadapi masalah dalam hidup. Jadi tak salah sekiranya masalahnya dihisab dalam sesi kaunseling.

Kaunselor berperanan sebagai cermin diri dalam sesi kaunseling. Cuba bayangkan, anda ingin mencukur misai, atau ingin menyikat rambut, anda akan mencari cermin untuk melihat keadaan diri anda. Anda tidak mampu mengetahui keadaan diri tanpa melihat perkara sebenar yang berlaku dan terdapat pada diri. Namun, ketika di hadapan cermin, yang menyikat rambut dan mencukur misai anda tidak dilakukan oleh cermin. Sebaliknya, anda sendiri yang melakukannya.

Perkara yang ingin saya sampaikan sebenarnya adalah kaunselor hanya berperanan membantu anda melihat keadaan diri. Kelemahan, kekuatan, dan situasi sebenar yang anda alami, tetapi anda tidak sedar kewujudannya. Namun, orang yang berhak dan bertanggungjawab mengatasi masalah diri anda adalah diri anda sendiri. Ibarat ketika kita berjumpa doktor ketika demam. Doktor hanya mendiagnosis dan mencadangkan ubatan yang perlu diambil. Tetapi, yang perlu menjaga waktu pengambilan ubat, dan makan ubat tersebut adalah diri kita sendiri dan bukannya doktor tersebut.

Justeru, hentikanlah tanggapan kurang baik terhadap kaunseling dan peranan kaunselor. Kerana sebenarnya proses kaunseling hanya boleh dijalankan oleh mereka yang bertauliah dan mengamalkannya secara professional. Banyak teori yang menjadi tulang belakang di sebalik kejayaan sesebuah sesi kaunseling. Sesi kaunseling hakikatnya tidak berlaku sekiranya ditangani oleh mereka yang hanya mengikuti kursus kaunseling selama sebulan. Mereka yang mengaku kaunselor, tetapi tidak bertauliah seperti inilah yang mencemar nama baik profession kaunseling.

Pesanan saya kepada para pembaca agar teruslah muhasabah diri. Kerana menurut ajaran Islam; mereka yang tidak muhasabah dirinya, sehingga hari esok menjadi lebih buruk daripada hari sebelumnya umpama tidak bermakna keIslaman dalam dirinya.


Pejamkan mata dengan tenang. Tarik nafas perlahan-lahan... dan hembuslah dengan perlahan. Fikirkanlah dengan kewarasan akal tentang apa yang telah anda baca dan tolong sebarkan kepada mereka yang anda sayangi. Terima kasih

Tuesday, November 11, 2008

About Myself

Assalammualaikum...



Thanx for visiting my blog. This blog is designed to let all my friends, fance, and everybody out there share my thoughts, beliefs, and everything bout me.



I'm Hishammudin bin Hajmi and born in Sarawak. I was born in 18 November 1985 and this coming 18th November will be my 23rd birthday. I live in Petra Jaya, Kuching. I stay with my mum and just the 2 of us. My beloved father and was the best father in the universe died in 13 April 2006 when he was in 59 years and 8 months old. My mum was and still a housewife. We earn money from my late father's pension. according to my girl, my family is a midle-low class family. hehe. I don't know how she define that. Hahah. Anyway, as long as i can still eat my lunch and wearing my pant, Alhamdulillah.



Okay... Lets talk about my edu background. I start my first preschool class at Tadika Kemas, Kampung Tunku Petra jaya, Kuching. That was when i still 6 years old. Then, i further my study, (chewah) at SRK Encik Buyong, Kuching untill i finished my UPSR. After that, i continued my study in my beloved SMK Tun Abang Haji Openg, Kuching. The most famous school in Sarawak (i guess). And now, after finished my STPM, i am in my final year studying in UNIMAS, taking Counselling Program. Hope one day i could run my own consultant. Ameen...



My Girl...
After started involve in intimate relation (since i was 14), now i met my steady girl named Farah Dianti, a.k.a. Phadee. She's from Shah Alam, Selangor and a year younger than me. I met her first in my orientation week in Unimas. She's my course mate. I so in love with her for no reason at all, or in counselling term we call it 'unconditional positive regard'. She knows me so much and she willing to share everything she has with me. Me, of course i will share everything with her as well. heheh.


Damy...

Damy is my nasyeed group. The word Damy was come from my friend's idea, Hazrul. He's now still the member of the respective Damy. Damy (pronouns as 'damai') means peacefullness in Malay. It is the accronim of 'the - my'. The group was formed in July 2005. And now, the group contents of 15 members. And also for now, i am the leader for the group. What makes me enjoy being in the group is our passion to being together as brothers in order to deliver 'dakwah' in a harmony way. We've joined a lot of competitions all over Malaysia, and Alhamdulillah now we are well known among nasyeed groups in all university in Malaysia.

Tentang UNIMAS

UNIMAS...


Banyak yang boleh diperkatakan tentang unimas. Satu universiti kebanggaan rakyat sarawak. Saya sendiri sangat berbangga dengan unimas. Unimas menawarkan puluhan jurusan untuk para penuntutnya. Namun, sebagai antara sebuah universiti yang termuda di malaysia, mungkin kelengkapan yang ada di unimas masih belum benar-benar mencukupi. Sebab itulah ramai pelajar, terutama dari semenanjung Malaysia sering melahirkan rasa tidak puas hati mereka terhadap unimas. Ada yang kata sistem di unimas tidak elok, kelengkapan tidak mencukupi, dan sebagainya. This kind of thinking course very bad emotions among the students who study in unimas.


Walaupun saya bukan MPP, dan tak pernah dicalonkan pun, namun saya sangat menyayangi unimas. Ini kerana, untuk menyayangi unimas, semua orang perlu benar-benar faham keadaan sebenar dalam unimas. Bak kata orang, tak kenal maka tak cinta. Kenal unimas bukan bermakna anda hafal selok-belok bangunan di unimas, mahupun ingat setiap nama staff di unimas. Kenal unimas bermaksud anda memahami urustadbir yang terdapat di unimas. Keadaan fizikal unimas termasuk dalam aspek geografinya sangat memberi cabaran untuk unimas menjadi sebuah universiti yang terbesar di Malaysia. Bahkan, dalam kampus barat unimas sendiri terdapat sebuah perkampungan Iban, Kampung Sebayor).


Kewangan...


Dari segi kewangan dan perbelanjaan, kos sara hidup di sarawak, terutama Kuching memang agak tinggi jika dibandingkan dengan banyak negeri di Semenanjung Malaysia. Justeru, tidak hairanlah jika harga makanan atau barangan keperluan lain yang terdapat di sini lebih mahal daripada di semenanjung. Ini disebabkan oleh kos-kos lain seperti kos penghantaran yang perlu dikenakan untuk setiap produk yang dijual di sini. Kebanyakan produk yang dijual di Kuching / Unimas dipesan dari semenanjung.


Kesan...


Akibat daripada persepsi negatif pelajar, terutama yang baru sampai ke Kuching dan khususnya Unimas, banyak emosi negatif yang akan dirasai. Emosi ini secara logiknya hanya akan memudaratkan diri pelajar itu sendiri. Minat untuk belajar berkurangan. Dalam otak hanya fikir untuk meninggalkan Bumi Kenyalang ini. Keadaan ini akan mengakibatkan anda semua menjadi kurang produktif. Sedangkan anda semua tidak perlu mengalami keadaan seperti ini. Masalah yang berlaku sekarang adalah masalah kewangan, pentadbiran, dan sebagainya yang tiada kesan secara langsung kepada anda. Ini semua sepatutnya adalah masalah yang perlu difikirkan oleh pihak lain yang bertanggungjawab. Mereka tidak perlukan kritikan, rungutan, dan emosi negatif kita!


What we have to do?


Tentu anda semua ingat hari anda menjejakkan kaki buat kali pertama di Unimas. Pesanan ayah ibu masing terngiang-ngiang di telinga. Ingat... Kita datang ke unimas untuk BELAJAR!!! Belajar dalam kuliah. Belajar bersosial. Belajar budaya tempatan. Belajar susah senang kehidupan. Belajar di GEDUNG ILMU.


Mungkin ada yang malu kerana UNIMAS masih belum terkenal dan mungkin dikenali sebagai universiti 'under dog' di semenanjung. Ada juga pelajar universiti lain yang kata unimas ini di Sabah. Jadi, ingatlah!!! kita kini warga unimas. Harumkanlah nama unimas. Bergiatlah dengan aktif dalam mana-mana program sekali pun untuk mengharumkan nama universiti. (Masuk kelab nasyeed Damy pun boleh) Jangan hanya menumpang kejayaan rakan lain. Ciptalah nama baik sendiri. Jangan hanya merungut pada kelemahan orang lain. JANGAN berasa MALU MENJADI WARGA UNIMAS. Sebaliknya, MALUKAN MEREKA YANG MENGUTUK UNIMAS. Buktikan bahawa warga unimas sangat berpotensi dan LAKU DI PASARAN KERJA.


Conclusion...


Saya langsung tidak dibayar oleh mana-mana pihak untuk menulis blog ini. Saya tidak diupah oleh sesiapa untuk memuji unimas. Tapi saya lakukannya kerana saya anak Sarawak. Saya warga Unimas. Saya bangga dengan apa yang dimiliki. TOLONG JANGAN KUTUK UNIVERSITI SAYA. TOLONG JANGAN KUTUK TANAH AIR SAYA. PLEASE... I BEG U...