Tuesday, November 25, 2008

Pertemuan + Perpisahan = Kenangan

Salam bimbingan...

Sebelum memulakan blog ini saya ingin memohon maaf kepada sesiapa sahaja yang sering mengikuti perkembangan blog saya. Ramai yang bertanya tentang bila saya akan 'update' blog ini. Kebelakangan ini saya sangat sibuk dengan peperiksaan akhir semester dan persediaan ke kem internship kaunseling. Baru hari inilah saya berkesempatan 'surfing' semula dan 'update' blog ini.

Kali ini saya ingin mengajak para pembaca untuk berkongsi kisah dan pengalaman saya sepanjang 3 setengah tahun menuntut dan berkuliah dalam jurusan kaunseling di unimas. Sepanjang tempoh pengajian saya di sini, banyak perkara telah berlaku.

Teringat lagi semester pertama saya di sini. Banyak kenangan yang tidak dapat dilupakan. Hubungan saya dan rakan sekelas waktu itu tidaklah begitu rapat. Ramai yang tidak selesa dengan sikap saya yang sering bergurau dan jarang serius. Rakan-rakan perempuan dalam kelas saya, terutamanya, tidak menyenangi sikap saya pada waktu itu. Ramai yang beranggapan saya lelaki miang. Emosi saya sangat tertekan pada waktu itu. Namun bila memikirkan tujuan saya ke sini adalah untuk membalas jasa keluarga, saya terus gagahkan diri.

Bila masuk semester kedua, saya menghadapi tekanan hidup yang sungguh menyakitkan. Ayah kesayangan tenat terlantar kesakitan. Namun, apa yang mengharukan adalah sokongan rakan yang langsung tidak jemu memberi semangat kepada saya untuk terus berada di sini. Tragedi menimpa apabila tanggal 13 April 2005, ayah saya kembali ke Rahmatullah. Kesedihan ketika itu sangat menyakitkan. tambahan lagi tarikh itu hanya 2 hari sebelum bermulanya peperiksaan akhir semester 2 saya. namun saya beruntung kerana rakan-rakan sekuliah datang ke rumah menziarahi saya sekeluarga. Mereka tidak putus-putus memberi semangat kepada saya dan keluarga. Para pensyarah turut datang termasuklah Mama, En Rizal, Puan Jamayah serta suaminya, dan Miss Ema. dari saat itulah saya mula merasai keakraban warga keunseling unimas ibarat sebuah keluarga. Mungkin inilah hikmah disebalik tragedi yang menimpa diri saya.

Masa berlalu tanpa disedari. Hubungan kami sekelas ada pasang dan surutnya seperti aliran Sungai Sarawak. Pada tahun 3, saya menyiapkan projek PTA saya. Tesis yang perlu saya siapkan adalah berkaitan dengan kanak-kanak, memandangkan saya di bawah seliaan Miss Ema. Cabaran dalam menyiapkan PTA sangat mengajar saya untuk menghargai ilmu. Selain itu, rakan-rakan sekelas turut berkongsi idea dalam menyiapkan projek tesis masing-masing. Terharu rasanya bila hasilkajian kami dijilidkan. Seakan saya udah mengarang sebuah buku rujukan sendiri. Dalam tahun ini juga kami sekelas telah bersatu. Kami bersatu kerana kami menghadapi satu masalah yang sama. Rasanya tidak perlu saya kongsikan masalah yang kami alami dalam blog ini. Namun, tindakan yang telah kami ambil menyebabkan seseorang hampir hilang pekerjaan. Syukurlah masalah ini dapat diatasi berkat kesatuan banyak pihak dalam fakulti. Kejadian itu telah menjdikan kami sebagai kelas yang dilabelkan sebagai 'BAHAYA" oleh beberapa pensyarah baru fakulti.

Tiba tahun keempat, kami semua bersiapsedia untuk menghadapi internship. Insternship memberi peluang kepada kami untuk mengaplikasikan setiap kemahiran dan ilmu yang telah dipelajari. Khabaran daripada pensyarah dan senior menyatakan bahawa internship ibarat medan perang guerilla yang dasyat bagi kami. Di sini kami akan diuji dengan pelbagai masalah. Sama ada oleh majikan, penyelia, rakan sekerja, dan peserta/klien. Tambahan pula,praktikal kami tidak disediakan elaun.

Segala yang telah saya alami bersama rakan warga kaunseling telah menjadikan saya seorang yang matang dalam menilai kehidupan. Perjalanan hidup dan hubungan kami sebagai satu pasukan boleh dikaitkan dengan peringkat perkembangan dalam dinamika kelompok. Dalam teori dinamika kelompok, terdapat peringkat dependent, interdependent, counterinterdependent, dan independent. Itulah peringkat yang telah kami lalui sehingga semalam, (25 November 2008) adalah hari terakhir kami berkumpul sebagai satu kumpulan.

Pesanan saya kepada semua warga kaunseling khususnya dan para pembaca amnya; kenangilah sebuah pertemuan dan hargailah perpisahan. Kerana dari pertemuan lahir kemesraan dan dari perpisahan lahir kerinduan. Jadikan semua kenangan sebagai senjata untuk menempuh hari mendatang. Saya doakan semua rakan kaunseling agar berjaya menghadapi internship dan cemerlang dalam hidup.

Terima kasih kepada semua pensyarah dan tutor:
Prof Zuraidah @Mama, Puan Salmah, Cik Ema, En Rizal, Pn Jem, Pn Fatahyah, En Edris, Pn Mazlina, Cik Aina, Cik Nora, Cik Samsiah Jayos, Pn Hasniah, En Azahari, Cik Aza, En Piau, En Abg Izhar, En Azhar, Dr Sopian, Dr Rusli, Tuan Haji Suaidi, Cik Sazliza, En Jeneri Amir, Mr John Jusem, dan semua pensyarah yang menjadi inspirasi kami selam ini.



2 comments:

Zuraidah said...

Hisyam
Good luck in your internship. I hope your maturity will carry you well in your working life.
Love
Mama

Farah Dianti said...

budak comel.. jangan lupa ngan kamek k.. ~_^.. gonna miss you too..