Wednesday, November 12, 2008

Kaunseling...?


Salam...

Pernah dengar tentang kaunseling? i'm sure a lot of us heard bout it. Kaunseling merupakan satu proses rundingan yang boleh membantu klien untuk menangani isu mereka. hahaha. I am one of the counselling students in unimas. Belajar kaunseling kat sini best sangat. Saya kenal ramai orang daripada pelbagai latar budaya, agama, negeri, dan sebagainya. Dalam kelas kami ada 51 orang. InsyaAllah kami akan jadi bakal kaunselor satu hari nanti.

Di unimas, batch kami is the second last batch yang ambil jurusan kaunseling. Dengar cerita lepas ni dah tak ditawarkan lagi program kaunseling. Lagi pun banyak pensyarah kami yang tengah sambung study ke peringkat doctorate sekarang ni. Kat sini kami belajar beberapa kursus berkenaan kaunseling yang tidak ditawarkan oleh jabatan kaunseling di universiti lain. Antaranya seperti internship, sistem maklumat kaunseling kerjaya, sains kognitif, psikologi kognitif, dan beberapa kursus lain lagi. Kelebihan ini membanggakan saya selaku warga kaunseling unimas.

Kenapa minat kaunseling?

Memang dari sekolah menengah lagi saya meminati bidang kaunseling. Tambahan lagi saya bekas presiden Pembimbing Rakan Sebaya di SMK Tun Abang Haji Openg. Aktiviti bimbingan yang kami jalankan ketika di sekolah sangat menarik dan menjadikan saya lebih menghargai kehidupan. Namun, ramai rakan berpendapat aktiviti kami hanya syok sendiri dan langsung tidak membimbing rakan untuk menjadi lebih baik. Justeru saya menyedari rupanya banyak lagi ilmu yang saya perlu pertingkatkan untuk mengatasi kelemahan ini.

Disebabkan itu, saya telah meletakkan program kaunseling di unimas sebagai pilihan pertama saya ketika mengisi borang upu. Alhamdulillah permintaan saya dimakbulkan Allah. Setelah mempelajari banyak ilmu dalam kaunseling, saya merasakan saya telah belajar sesuatu yang miracle. Sesuatu yang sangat tidak ternilai. Satu nilai yang tidak pernah saya hargai selama ini. Iaitu ilmu tentang kehidupan manusia.

Rupanya banyak kelemahan dan kekuatan diri saya yang saya tidak pernah sedar selama ini. Rupanya ramai masyarakat di luar sana masih tidak memahami diri masing-masing. Saya sedih apabila aspek emosi, kognitif, dan psikologi manusia selama ini dipandang ringan oleh masyarakat. Sedangkan perkara-perkara ini merupakan elemen yang sangat penting dalam kehidupan manusia. saya mula menghargai kehendak, tanggapan, dan perasaan orang lain. Ketika ini, jauh di sudut hati saya berkata; "kejamnyanya aku selama ini kerana tidak pernah menghargai perasaan orang lain".

Peranan kaunselor...

Di sini saya ingin membuka minda pembaca blog ini untuk memahami apakah kaunseling sebenarnya. Semua manusia di dunia ini berhak untuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling. Tak kira orang yang akan dihukum gantung, pesakit yang bakal menemui ajal, orang pekak, bisu, buta, lumpuh, normal, dan sebagainya sangat memerlukan perkhidmatan kaunseling. Waima Yang Dipertuan Agong sehingga janitor sekali pun berhak untuk menerima perkhidmatan kaunseling.

Proses kaunseling bertujuan untuk memupuk kesedaran kendiri di kalangan klien. Situasi yang dialami sepanjang sesi kaunseling dijalankan merupakan sebahagian daripada proses pembelajaran dalam hidup. Ramai bertanggapan kaunseling hanya untuk orang bermasalah sahaja. Hakikatnya, semua manusia pernah, sedang dan akan menghadapi masalah dalam hidup. Jadi tak salah sekiranya masalahnya dihisab dalam sesi kaunseling.

Kaunselor berperanan sebagai cermin diri dalam sesi kaunseling. Cuba bayangkan, anda ingin mencukur misai, atau ingin menyikat rambut, anda akan mencari cermin untuk melihat keadaan diri anda. Anda tidak mampu mengetahui keadaan diri tanpa melihat perkara sebenar yang berlaku dan terdapat pada diri. Namun, ketika di hadapan cermin, yang menyikat rambut dan mencukur misai anda tidak dilakukan oleh cermin. Sebaliknya, anda sendiri yang melakukannya.

Perkara yang ingin saya sampaikan sebenarnya adalah kaunselor hanya berperanan membantu anda melihat keadaan diri. Kelemahan, kekuatan, dan situasi sebenar yang anda alami, tetapi anda tidak sedar kewujudannya. Namun, orang yang berhak dan bertanggungjawab mengatasi masalah diri anda adalah diri anda sendiri. Ibarat ketika kita berjumpa doktor ketika demam. Doktor hanya mendiagnosis dan mencadangkan ubatan yang perlu diambil. Tetapi, yang perlu menjaga waktu pengambilan ubat, dan makan ubat tersebut adalah diri kita sendiri dan bukannya doktor tersebut.

Justeru, hentikanlah tanggapan kurang baik terhadap kaunseling dan peranan kaunselor. Kerana sebenarnya proses kaunseling hanya boleh dijalankan oleh mereka yang bertauliah dan mengamalkannya secara professional. Banyak teori yang menjadi tulang belakang di sebalik kejayaan sesebuah sesi kaunseling. Sesi kaunseling hakikatnya tidak berlaku sekiranya ditangani oleh mereka yang hanya mengikuti kursus kaunseling selama sebulan. Mereka yang mengaku kaunselor, tetapi tidak bertauliah seperti inilah yang mencemar nama baik profession kaunseling.

Pesanan saya kepada para pembaca agar teruslah muhasabah diri. Kerana menurut ajaran Islam; mereka yang tidak muhasabah dirinya, sehingga hari esok menjadi lebih buruk daripada hari sebelumnya umpama tidak bermakna keIslaman dalam dirinya.


Pejamkan mata dengan tenang. Tarik nafas perlahan-lahan... dan hembuslah dengan perlahan. Fikirkanlah dengan kewarasan akal tentang apa yang telah anda baca dan tolong sebarkan kepada mereka yang anda sayangi. Terima kasih

2 comments:

Zuraidah said...

Hisyam
Tanggapan silap tentang kaunseling memang sudah menjadi sejarah, namun kita tidak boleh control pemikiran orang. Yang boleh kita lakukan ialah pada diri sendiri supaya mengamalkan apa yang dipelajari. Tak mengapa kalau orang kata PRS tu syok sendiri. Itulah permulaannya, Syok pada diri dan kenal diri baru boleh kenal orang lain. Saya harap Hisyam menjadi kaunselor yang baik pada suatu hari nanti dan saya berbangga dengan pencapaian Hisyam.
mama

WNWS said...

betul ke dh xde offer untuk jurusan kaunseling kat unimas?? x merasa la sy nmpknye....