Thursday, March 19, 2009

Angkasawan Datang...

Bismillah...

Salam bimbingan buat semua pembaca blog Hishammudin Damy. Blog yang penuh kedamaian dan semestinya ditulis oleh Hishammudin. Kali ini saya ingin kongsikan satu pengalaman berharga yang telah dilalui pada minggu lepas.

Pada Khamis lepas, 12 Mac 2009, pihak IKM telah mengamanahkan saya untuk menjadi pegawai pengiring kepada 32 orang ahli Badan Perwakilan Pelatih IKM ke MRSM Kuching. Tujuan rombongan kami ke sana adalah untuk menghadiri perhimpunan bersama dengan Angkasawan Pertama Negara. Tentatif menunjukkan kehadiran Angkasawan tepat jam 9.00 pagi. Walau bagaimanapun, beliau menjejakkan kaki ke Dewan Sri Kenyalang MRSM lewat 1 jam 30 minit.

Pelik rasanya. Bagaimana seorang Angkasawan yang seharusnya mempunyai disiplin terhadap ketepatan masa, boleh tiba lewat sebegitu sekali. Sekadar pengetahuan saya, ralat walau 1 milisaat pun boleh menentukan hidup mati ketika berada dalam ekspidisi penjelajahan angkasa lepas.

Dipendekkan cerita, rupa-rupanya, selama lebih kurang 1 jam 30 minit itu digunakan oleh para VIP dan tetamu kehormat untuk minum pagi dan bergambar bersama Angkasawan. Timbul lagi persoalan. Bagaimana seorang VIP yang menjadi pemimpin boleh membelakangi hak masa mereka di bawah pimpinannya? Lahir rasa simpati tatkala melihat anak-anak kecil daripada sekolah rendah berdekatan yang berpeluh menunggu ketibaan idola mereka sampai di hadapan mata.

Setelah sampainya Yang Diraikan ke dalam dewan, suasana dewan bingit sekali seakan hiruknya sambutan kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Semua pelajar berpusu-pusu ingin bersalaman dan bergambar dengan hero kesayangan mereka itu. Lebih menarik lagi adalah apabila Angkasawan duduk betul-betul di hadapan kerusi saya. Jauh di sudut hati ingin bergambar dengan "the one and only" Angkasawan. Namun bila melihat kamera pada "handphone" yang ibarat hidup segan mati tak mau, malu rasanya. Maklumlah, bila dikelilingi pegawai dan VIP lain, mereka semuanya memegang kamera digital yang berharga RM1000 ke atas. Saya pula hanya menyimpan kamera dalam telefon Sony Erricson K310i yang berharga kurang RM400 di poket.

Program pada hari tersebut banyak memberi kesedaran kepada diri saya. Agaknya, rasa teruja pada diri lebih hebat daripada kanak-kanak yang duduk di belakang sana. Saya tertarik dengan keazaman Angkasawan yang telah menyimpan cita-citanya untuk tempoh 25 tahun. Saya juga tertarik dengan kata-katanya iaitu: "If you want to get something, never think of the failure". Kata-kata itu banyak membangkitkan semangat saya untuk berhadapan dengan cabaran dalam internship ini. Selain itu, saya juga ingin memetik kata-kata beliau iaitu: "I might die when i was in space. But, the number of dead body on earth is much larger than people died in space". Kenyataan itu mengingatkan saya tentang kesakitan, kepayahan, dan kematian itu ada di mana-mana. Jadi, kenapa perlu takut?

Kalau diikutkan banyak lagi yang ingin saya kongsikan di sini. Tapi buat masa sekarang panggilan kerja sudah melambai-lambai di atas meja. Cuma harapan saya, pelajarilah sebanyak mungkin selagi berpeluang. Jika seorang rakyat Malaysia boleh terapung dalam mikrograviti 100km tingginya dari aras laut, maksudnya tiada lagi kemustahilan di dunia ini. Salam perjuangan buat semua. Sekian.

5 comments:

Jam.Saili said...

you met the angkasawan oredi, I cuma tengok dlm tv je, anyway, in this life, we do a lot of "reflections" as you did in yr writing, well done, kita manusia adalah sama sahaja di sisi Allah, so, one day Hisyam, if you're "up" there or wherever you are always try to "accomodate" other people and always remember to tunduk ke bawah dan jangan asyik mendongak ke atas, kita manusia biasa....

Hishammudin DaMy said...

Salam, puan jam...
InsyaAllah saya akan join xpdc ke Marikh klak as the first counsellor in space. Hehehe. Apa yang pernah dialami skrg akan dijadikan bekalan untuk memahami segenap lapisan masyarakat yang akan dijumpai kelak. Thanx for your advise. Salam

Zuraidah said...

Hisham
Jadikan teladan. Begitulah tabiat sebahagian besar orang Malaysia. Walupun terpelajar masih tidak tahu menghormati masa. Sampai dah kunci pintu pun masih ada lagi kawan2 Hisham yang tak berubah mengikut tabiat buruk ni.Elakkan habit buruk ni, faham perasaan orang. Kalau tak suka menunggu orang lain pun tak suka juga. Bila dah naik ke langit nanti, pandang2 kat bawah. Selamat berjaya.
mama

Exec Haz said...

emm.. xpdc to marikh? wahhh menarik? tp, x kejang ke kaki tu nanti? r u sure...? hehehe
ok la, nanti kita g sama2... xpdc @ tour.. menjejaki filem2 di pawagam? nak join?

Hishammudin DaMy said...

Salam Mama n Hazrul...

Betul kata Mama. Saya pun pelik bila ada orang yang langsung tak menghormati dan menghargai masa. Kalau tak nak jaga masa sendiri, sekurang-kurangnya hormatilah masa orang lain... Anyway, saya doakan Mama n Hazrul success dalam menjalani kehidupan seharian... Salam