Monday, April 20, 2009

Mula Rindu Dah...

Salam semua...
Maaf kerana buat kalian rindu sangat nak baca nukilan mutakhir daripada diriku ini. Apa khabar? Saya doakan kalian sihat dan ceria di samping teman, keluarga, dan kerja tercinta.

Hari ini saya nak kongsikan perasaan yang saya alami kini, menjelang berakhirnya Internship. Astaghfirullah. Diam tak diam tinggal 2-3 minggu lagi nak habis internship. Bermacam perasaan bercampur baur yang saya alami kini.

Rasa teruja dan gembira kerana beban tugas hampir selesai. Rasa risau kerana bimbang jam kredit tidak sempat dilengkapi. Rasa sedih kerana akan meninggalkan pejabat yang serba indah ini, meninggalkan rakan-rakan sepejabat yang sangat mesra dan mudah membantu tanpa meminta balasan, dan meninggalkan alam pekerjaan ini. Rasa rindu kerana terpaksa meninggalkan alam mahasiswa yang penuh pengajaran. Seterusnya, rasa bingung kerana takut tidak mendapat kerja selepas ini. maklumlah, ramai siswazah yang menganggur saban tahun.

Apapun, internship ini memang banyak mendidik saya tentang apakah kaunseling yang sebenar. Apakah tanggungjawab kaunselor yang sebenar. Apakah budaya kehidupan masyarakat sebenar. Sebenarnya, banyak sangat perkara yang dipelajari dalam kuliah tidak saya fahami. Namun, setelah satu semester berinternship barulah saya faham leteran Mama, sindiran Puan Fa, dan pesanan setiap pensyarah.

Akhir kata, saya akan merindui saat ini. Tapi jika diberi peluang untuk berinternship semula, saya akan kata: TAK NAK!!!! Bak kata Mama: "read my lips - NOPE!!!" Hehehe...
Asalamualaikum

5 comments:

PhaDee said...

kacak nar blog kitak knek tok ~_^

btul btul btul.. dah habis internship nanti mesti rindu semua ni. mesti asik teringat2, bestnye time blajar.. n for sure mesti blur tak tau nak buat ape dah.. nak gi sarawak, masih yellow light lagi...huhuhu.. camne tok? huuh..

Dosz said...

hehe nikmatilah saat2 terakhir internship ktk.

kmkorg dah setel dah. hehe :P

Exec Haz said...

ecehh...

dah tukar lay out nampak..
hehe....
yap.. betol nang ada..
dah mula rindu.. sambil nyanyi lagu nurul dan ajai..
'aku cinta.. aku rindu'..
hehehe...

neway, internship xkan best utk 2nd time..
ni lah pengalaman sekali sepanjang hayat..
betul betul betul..

Hishammudin damy said...

Salam Phadee sayang, Dosz, & Hazrul...

Thanx coz sudi singgah sejenak sambil santai minda kat blog ni. I'm sure not only me, but a lot of us feel the same feeling like me. I really wish our relation will not end here and hope we can keep in touch forever,at least in sharring information. Daaa.

Jam.Saili said...

Hisham, Phadee & Hazrul....tahniah buat kalian semua, alhamdulillah, berkat kerja keras, berkat usaha yg tidak putus2, berkat doa keluarga semua akhirnya Allah mengurniakan 'ihsan' utk kalian agar dpt menamatkan internship dengan jaya nya, alhamdulillah. Rasa rindu dan flashing back all the memories of yr 4 years in unimas and internship will be something you will treasure for the rest of your lives and surely teach you more about life!!!!