Friday, March 6, 2009

Khas untuk kalian

Salam,

Kali ini dalam blog yang serba ringkas ini saya ingin mengutuskan satu nukilan, ikhlas dari hati nurani saya. Merujuk kepada kiriman blog saya yang lepas, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada sesiapa jua yang telah memberi komen, respon, kritikan, dan peransang kepada saya untuk meneruskan internship ini.

Terima kasih Janice kerana telah melahirkan secebis motivasi dalam diri saya untuk berhadapan dengan cabaran berinternship. Janice adalah seorang sahabat yang memahami apa yang saya alami sekarang. Dengan membaca komen dari Janice, tak terasa air mata berlinang di pipi.

Terima kasih juga saya tujukan buat Puan Fatahyah yang kini berada jauh di perantauan. Puan telah banyak mendidik saya hingga saya boleh menangani apa jua masalah di hadapan walau pun berat. Dan untuk makluman Puan, berat badan saya kini pun bertambah semenjak internship. Semakin saya stress, semakin kuat saya makan.

Tidak dilupakan yang disayangi, Farah Dianti (PhaDee) yang sanggup bersama saya tak kira dalam apa keadaan sekali pun. Walau pun jauh di mata, namun rasanya seakan dia masih di sisi. Terima kasih kerana sanggup dan terus menyayangi diri ini.

Paling besar ucapan terima kasih saya utuskan untuk Prof. Madya Zuraidah (Mama) yang sanggup meluangkan masa membalas mesej saya walau pun saya bukanlah di bawah seliaannya. kata-kata daripada Mama ibarat kata-kata ibu yang mengobarkan semangat anaknya. Ketika saya bermesej dengan Mama pada tengahari Jumaat, 6 Mac 2009 yang lepas, saya sedang mengalami tekanan yang teramat. Perasaan ini berlaku setelah tuntutan jam kredit aktiviti bimbingan saya ditolak oleh penyelia. Pada masa itu hanya Tuhan Yang Maha Mengetahui apa yang saya rasakan. Saya menjerit, meraung, dan menangis sekuat-kuatnya di dalam kereta pada tengahari itu. Ketika itu, saya memang berputus asa untuk meneruskan internship, kerana jam kredit untuk bimbingan saya sangat sedikit dan rasanya mustahil untuk saya capai kesemua jam kredit yang diperlukan.

Terdetik juga di hati untuk memecut kereta selajunya dan humbankan diri ke longkang di bahu jalan. Namun, pada waktu itu jalan sesak dengan kenderaan yang menghala ke masjid. Mungkin kesesakan itu ada hikmahnya. Dalam kesesakan itulah, saya terfikir untuk menghubungi Mama. Alhamdulillah, Mama telah memberi perangsang dan memulihkan semangat saya untuk terus berinternship.

Di sini, saya juga ingin berterima kasih kepada sesiapa jua yang mendoakan kejayaan internship saya. Saya doakan agar kalian terus sejahtera dengan apa yang dihadapi sekarang. Maaf terutama sekali kepada rakan semeja, Ira Fazeera jika tindakan saya telah menyinggung perasaan saudari. Maaf juga kepada rakan-rakan dan pensyarah sekiranya terdapat kesilapan diri sepanjang kita berurusan.

Saya hanya insan biasa, namun berusaha dengan luar biasa untuk mencapai impian yang hampir mustahil ini. Jika ditakdirkan saya gagal menghabiskan jamkredit ini, maka hanya Tuhan Yang Maha Mengetahui apa yang bakal saya hadapi kelak. Saya tidak akan memalukan dan mengecewakan harapan mak dan arwah ayah dengan gagal bergraduat pada masa yang diperuntukkan. Doakan kesejahteraan saya. Sekian.

6 comments:

Zuraidah said...

Hisham
Terasa sedih di hati mendengar betapa tertekannya Hisham kerana internship ini sehingga perasaan negatif menusuk pemikiran. Syukur pemikiran itu hanya terdetik sementara.Internship merupakan pengalaman yang menekan tetapi bermaknan dan dinikmati di samping bergelut dgn tekanan. Jika menjadi sesuatu yang negatif, itu tidak sihat. Hisham sebenarnya mempunyai kekuatan dan azam yang kuat, harap tidak disia2kan. Kumpul tenaga dan bincang.Saya harap Hisham kuat menempuh cabaran internship kerana banyak lagi cabaran lain yang akan Hisham tempuhi. Saya doakan Hisham berjaya.
mama

Hishammudin DaMy said...

Thanx mama. I'll do what i can to overcome my prblms. Juz doakan emosi tidak menguasai pemikiran dan tingkah laku saya. Smtms, i feel like i'm not Hishammuddin Hajmi yang saya kenal. Thanx again. Love u much...

Farah Dianti said...

Dearest Sham,

Sorry sangat saya tak dapat spend banyak masa dengan awak lately. Hari tu masa awak datang ke KL, awak pun banyak luahkan pasal tekanan awak dengan Internship ni. Dugaan kita tak sama, dan saya rasa dugaan awak mungkin lebih hebat dari saya.
I'm not with words, nor I'm good at giving motivation. But one thing I know is that you're a very strong person inside out. Saya tau awak sentiasa nak buat yang terbaik dan saya yakin kita akan dapat habiskan Internship ni dengan cemerlang, InsyaAllah.
Awak selalu bagitau saya kan, Allah takkan menduga hambanya dengan dugaan yang tidak dapat ditampung olehnya. There's always a reason for everything that happens to us. It's just a matter of how we perceive it. Btul tak?
Tinggal 2 bulan je lagi, n saya pun tengah takut coz banyak lagi kredit hours yg tinggal >_< Kita usaha sama2 k. Kalo tension2 tu, share lah dengan saya. Tak pun, gi belasah habis-habisan masa taekwondo k. hehehe. I wish you all the best dear and may Allah will always be with you.
Love you so much..

atiqah said...

assalamualaikum hisham..
sangat berat nampaknya tekanan yg dialami untuk internship ni..as ur senior..akak doakan semoga semuanya dapat berjalan dengan lancar..insyaAllah u can do it..u can't keep everything urself..good that u share with ur freinds..all da best..

My Life My Journey.. said...

Hisham,

Peruntukkan secebis dari masamu nan terluang
Mengimbasi kembali suka duka masa nan silam
Ditempuhi bersama setiap cabaran yang datang
Pengalaman yang pahit dan manis tak terlupakan
Dari bawah setangga ke setangga kita mendaki
Kita jatuh terluka dan bangkit melangkah kembali
Dengan rasa percaya pada keupayaan diri
Tiada yang mustahil dihadapi...

adaptasi dari lagu Dari Kaki Tangga ke Menara, dendangan Fauziah Latiff, antara lagu kegemaran saya...

Hisham BOLEH..!!!

My Life My Journey.. said...

Satu lagi lagu ni..
Aku Sebutir Pasir juga dendangan Fauziah Latiff

Senandung rindu mendayu
Mengiring langkah yang makin tersungkur
Terlalu jauh pendakian
Begitu tingginya harapan
Bermusim lama mencari
Tak ku temui sampai kini
Tak henti jiwa dipalu
Dugaan demi dugaan menguji
Rebah dan bangun sendirian
Mencari bumbung perteduhan
Mereka riang tertawa
Aku hanya sebatang kara

Perjalanan masa
Mengajar hati
Semakin tabah kini
Di dalam kemarau dan gerimis
Aku tetap tabah mengharungi
Tuhan
Aku bagaikan sebutir pasir
Yang lemah lagi kerdil
Teguhkan keimanan jiwaku
Agar tidak terpesong darimu
Beribu teman ketawa
Payah ku temu
Yang sanggup bersatu
Di dalam susah dalam senang
Yang hadir cuma kepalsuaan
Dugaan demi dugaan
Aku pasrah menadah tangan

Try to find sometimes to make yourself happy ok..