Monday, March 16, 2009

Kembali Bersemangat!

Salam kepada semua pembaca blog kesayangan saya ini. Dengan blog inilah saya kongsikan banyak pengalaman pahit manis yang telah saya lalui selama ini.

Dalam nukilan blog kali ini, saya ingin berkongsi keseronokan dan semangat baru yang telah lahir dalam diri saya untuk menjalani internship yang kian hari kian mencabar ini. Terima kasih lagi saya ucapkan kepada semua yang banyak menyokong saya dengan memberi komen-komen yang membina dalam nukilan blog yang lepas.

Pada minggu lepas, minggu ke11 internship, barulah terasa semangat untuk melakukan yang terbaik dalam internship. Minggu lepas sahaja saya telah menjalankan 2 slot ceramah di IKM Kuching. Ceramah pertama adalah untuk pelajar bukan Muslim, sempena sambutan Maulidul Rasul peringkat IKM Kuching. Ceramah yang bertajuk Pengurusan Stress itu telah banyak mengingatkan saya sendiri tentang pengurusan stress yang betul. Apa yang penting, selepas memberi ceramah, saya sendiri telah menukar semua stress saya menjadi 'eustress', atau stress yang baik.

Pada Jumaat, 13 Mac pula, saya telah diamanahkan untuk mnyampaikan ceramah motivasi kepada para atlet kontinjen IKM Kuching. Dalam ceramah ini saya telah menyentuh beberapa aspek penyediaan diri dari sudut kognitif, fizikal, dan emosi sebelum berhadapan dengan sebarang cabaran. Alhamdulillah, intipati ceramah yang saya sampaikan seakan turut sama "menyindir" saya untuk melakukan yang terbaik ketika berhadapan dengan cabaran.

Hujung minggu yang lalu pun saya bertungkus lumus menjalankan aktiviti bimbingan. Saya dan 9 orang rakan intern yang lain telah mengadakan sesi motivasi di Sekolah Tunas Bakti, Kuching. Sekolah tersebut merupakan sekolah yang dibina khas untuk pesalah juvana. Sikap dan penerimaan pelajar di sana pada hari pertama sangat menyedihkan dan menyakitkan hati. Kenakalan mereka yang teramat sangat, begitu menggelodakkan hati kecil ini.

Alhamdulillah, pada hari kedua peserta dalam kumpulan saya sudah mula mempunyai rapport yang baik antara satu sama lain, termasuk saya. Mereka mula menghormati saya dan apa yang lebih mengharukan adalah apabila mereka memeluk saya dengan erat pada akhir program sebelum berpisah.

Keesokan harinya, iaitu pada 16 Mac 2009, saya telah diamanahkan untuk mengendalikan slot Aerobik, Hari Kesihatan IKM Kuching. Ramai tenaga pengajar di sini enggan menerima tanggungjawab mengendalikan semua pelajar sekali gus, seramai lebih 400 orang, apatah lagi dalam slot aerobik. Tapi, mengendalikan pelajar seramai 400 orang sekali gus itu bukanlah cabaran besar lagi jika dibandingkan dengan menguruskan 74 orang pelajar di Sekolah Tunas Bakti.

Kesimpulannya, perjalanan hidup saya pada minggu lepas banyak mendidik diri saya untuk terus bersedia dan beradapan dengan sebarang cabaran terutama dalam menyiapkan internship ini.

Terima kasih kepada semua sahabat dan pensyarah yang banyak menyokong diri ini, terutama Mama, walau pun bukan menyelia saya, namun sangat mengambil berat masalah yang saya alami. Terima kasih juga kepada Puan Fatahyah yang berkongsi lirik lagu kegemarannya. Benar kata kalian, semua yang terjadi ini banyak hikmahnya dan menjadikan saya lebih matang. Terima kasih sekali lagi dan doakan kejayaan internship saya.

6 comments:

Zuraidah said...

Way to go Hisham!!! So glad you are back to yourself. Congratulations!Life is interesting actually, isn't it? Good luck to you.
mama

Jam.Saili said...

Salam Hisyam, yea..yea....now I'm happy after a bit worry with yr last entry, anyway, itulah asam garam kehidupan, byk yg awak belajar dari setiap yg awak tempuhi menjadikan kita lebih bersedia dan matang utk mengharungi kehidupan, apa-apa pun ibuh susah hati, u can do it, I am sure you will - pn jem
p/s kirim salam to your 'beautiful' mum and kak azie, yea...

Hishammudin DaMy said...

Mama,

Thanx... Banyak yang saya dah blajar semenjak dua menjak ni. Hehe. Thanx for your support. A lot of things happen lately. Semuanye mengajar saya untuk jadi lebih bersedia menghadapi cabaran hidup yang mendatang. Thanx again... Happy Day!!!

Hishammudin DaMy said...

Puan Jem,

Thanx for berik kmk semangat untuk meneruskan internship. InsyaAllah kmk akan sampaikan salam ktk kpd Mak n Kak Lin (Kak Azie). Hope dipermudahkan perjalanan kita untuk grade klak. Amiin...

an aida said...

teruskan perjuangan sham!! pengalaman yg kita dpt time ni, very valuable.ko kn slalu soh nyanyi lagu senyum tnpa senyum.try ah klu stress dtg lg.Gud Luck!

Farah Dianti said...

^__________________________^

I'm glad you're back to the real you! Keep up the spirit coz it lifts the spirit of others around you as well!
Wish you all the best n smoga kita sama2 grad dengan cemerlang.

GO KUMA KUMA!!